Home Politik Bukan kali pertama Fuziah buat silap

Bukan kali pertama Fuziah buat silap

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin politik tanpa mengira parti diminta melakukan gencatan politik buat sementara demi rakyat kerana negara sedang berdepan dengan Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang didakwa sengaja mahu mencetuskan perasaan marah dan kebencian rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan sekarang apabila menyebarkan video-video lama.

Beliau menyifatkan perbuatan Fuziah itu sebagai amat tidak bertanggungjawab.

”Mujurlah beliau menyedari hal ini dan buat pembetulan. Harap tidak diulangi kerana ini bukan kali pertama.

”Rakyat masih ingat video drama YB yang menggambarkan penduduk akan terdedah dengan radiasi Lynas sehingga sekarang tiada lafaz maaf atas fitnah yang dibuat,” katanya.

Semalam, Fuziah menaikkan posting palsu yang mendakwa warga negara Malaysia yang pulang secara beramai-ramai di Bangunan Sultan Iskandar.

“Harap adalah hotel 5 bintang untuk quarantine mereka,” kata Fuziah dalam posting tersebut.

Tidak lama kemudian Fuziah memohon maaf sambil menyatakan tersilap post video lama dan posting tersebut telah dipadamkan.

”Admin Mohon Maaf Tersilap Post Video Lama. Dan Sudah pun di Delete. Harap tidak menyebabkan Panic!,” katanya. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Apa yg dia dpt pun tak tahu lah…jgan sampai org kata lahir hanya untuk keje2 fitnah

  2. MUSIM COVID GINI PUN CARI PELUANG NAK CARI SAHAM POLITIK….HELLO MP FAUZIAH..WAKTU HANG KERAJAAN DULU RASA2 BAGUS KA? SUDAH2LAH ..NAK MAIN POLITIK TAK KENA MASA..DARIPADA DOK MERAPU TULIS BENDA2 X BETUL…BAIK PAKAI MASK..BAWAK SANITIZER…PERGI JENGUK RAKYAT BAWAH PARLIMEN KUANTAN HANG TU…DAH KENA ZON MERAH TU…CUKOP MAKAN KE TAK..DPT BANTUAN KE TAK..

  3. Presideng pun akan kata.
    Maaf….silap orang.
    Walaupun nama sama @anwar ibrahim

Comments are closed.