Home Nasional Semua kakitangan Hospital Pantai Laguna Merbok negatif Covid-19

Semua kakitangan Hospital Pantai Laguna Merbok negatif Covid-19

KUALA LUMPUR – Semua kakitangan dan konsultan Hospital Pantai Laguna Merbok yang dikuarantin didapati negatif Covid-19.

Mereka dikuarantin selama 14 hari selepas terdedah kepada seorang pesakit yang positif dengan koronavirus pada 17 Mac lalu.

Berikutan itu, hospital berkenaan telah ditutup selama dua hari untuk kerja-kerja pembersihan.

Dalam kenyataannya, hospital berkenaan berkata, kesemua kakitangan dan konsultan terbabit dibenarkan bekerja semula.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, hospital itu telah melaksanakan amalan kebersihan peribadi yang ditetapkan ketika merawat pesakit.

Sejak bulan Januari lalu, Hospital Pantai Laguna Merbok telah meletakkan langkah berjaga-jaga dalam membendung Covid-19, termasuk mengehadkan kemasukan ke hospital dan memeriksa suhu dan gejala setiap orang yang datang ke hospital.

Selain itu, hospital juga telah mengambil inisiatif untuk mengehadkan pelawat dan melaksanakan penjarakkan sosial. – MalaysiaGazette