Kerajaan memutuskan untuk menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lagi iaitu sehingga 28 April 2020.
Keputusan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas di sini, hari ini.
“Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.