Home Dunia AS alih perhatian kepada gelombang baharu serangan siber

AS alih perhatian kepada gelombang baharu serangan siber

A screenshot shows a WannaCry ransomware demand, provided by cyber security firm Symantec, in Mountain View, California, U.S. May 15, 2017. Courtesy of Symantec/Handout via REUTERS

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalihkan perhatiannya kepada apa yang dikatakan sebagai gelombang baharu serangan siber.

Ini kerana kumpulan yang bertanggungjawab membocorkan peralatan penggodaman AS yang digunakan untuk melancarkan Global WannaCry ‘ Ransomware’ memberi amaran ia akan mendedahkan lebih banyak kod berniat jahat.

Serangan siber itu telah menjangkiti lebih daripada 300,000 komputer di seluruh negara sejak Jumaat lalu mula kembali normal pada hari kedua.

Namun identiti dan motif individu yang melancarkan serangan siber itu masih menjadi misteri.

Serangan itu termasuklah elemen yang dimiliki Agensi Keselamatan Negara AS dibocorkan April lalu.

Pada Selasa, broker bayangan didakwa untuk melepaskan lebih banyak kod untuk membolehkan penggodam memecah masuk komputer, perisian dan telefon yang paling kerap digunakan.

Turut diancam untuk membuang data dari bank-bank menggunakan rangkaian pemindahan wang antarabangsa SWIFT dan nuklear serta program Nuklear peluru berpandu dari Russia, China, Iran dan Korea Utara.

Maklumat lanjut pula dijanjikan pada Jun ini.

Serangan WannaCry yang menyulitkan data pengguna dan menuntut ‘wang tebusan’ dibayar secara elektronik untuk membebaskan semula.

Di Kanada, lebih 8,300 komputer Universiti Bahasa Perancis iaitu Universite de Montreal terjejas akibat serangan siber itu, menurut jurucakap universiti itu. – MalaysiaGazette