Home Ekonomi Sime Darby komited patuhi PKP

Sime Darby komited patuhi PKP

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation Berhad (Sime Darby Plantation) memberi jaminan akan mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Komitmen itu dibuat selepas Kerajaan Negeri Sabah membenarkan ladang dan operasi kilang kelapa sawit di enam daerahnya beroperasi semula.

Enam kawasan itu ialah Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan.

Artikel berkaitan: MPOA, MEOA bimbang industri terjejas

KPPK minta Sabah pertimbang semula perintah tutup ladang sawit

Sime Darby rayu Sabah tarik balik penutupan operasi sawit

”Sime Darby Plantation ingin mengulangi komitmen kami untuk terus bekerja dengan pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan syarat dan garis panduan operasi Jabatan Kesihatan Negeri.

”Ini adalah komitmen kami untuk semua operasi kami di seluruh negara sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kami akan terus memenuhi komitmen ini untuk mengurangkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.