Home Nasional Melaka Tengah daerah ke-26 zon merah Covid-19

Melaka Tengah daerah ke-26 zon merah Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengkategorikan daerah Melaka Tengah sebagai zon merah Covid-19 yang baharu.

Daerah itu mencatat 44 kes positif Covid-19.

Dengan penambahan itu, kawasan zon merah bertambah menjadi 26 kawasan setakat semalam.

Daerah itu merupakan kedua di Melaka yang diletakkan dalam zon merah selepas Jasin dengan 61 kes.

Alor Gajah dikategorikan zon jingga dengan 28 kes.

Lembah Pantai masih kawasan tertinggi dengan 427 kes meningkatkan 3 kes sejak Khamis.

Hulu Langat pula kekal kes positif Covid-19 tertinggi di Negeri Selangor dengan 368 kes, Petaling Jaya 328 kes, Klang 159, Gombak 123, dan Sepang dengan 59 kes, Hulu Selangor 44 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Kuching 209 kes, Kluang 176, Seremban 197, Johor Bahru 171, Kepong 114, Titiwangsa 106 kes, Kinta 97, Kota Bharu 86, Tawau 67, Hilir Perak 66, Cheras 66, Jerantut 63, Rembau 52, Kuantan 53, Batu Pahat 50, Putrajaya 49 dan Kota Samarahan 46 kes. -MalaysiaGazette