KUALA LUMPUR – Perbualan yang rancak sejak bermulanya wawancara bersama wartawan MalaysiaGazette pagi tadi tiba-tiba bertukar sebak sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa ditanya tentang isu gelandangan di ibu kota.
Beliau meminta maaf dengan nada tersekat-sekat sehingga ke satu peringkat air mata Menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat gugur juga biar pun dalam tempoh sebulan ini jiwa Annuar dilihat begitu kental berhadapan dengan isu gelandangan.
Ternyata pengalamannya menyaksikan sendiri ‘penderitaan’ gelandangan memberi kesan yang bukan sedikit di hatinya apatah lagi sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa jumlah golongan itu di ibu kota mencecah 1,000 orang.
“Saya mohon maaf. Maafkan saya. Ini soal kemanusian, ini isu kemanusian.
“Saya tengok gelandangan itu masalah bangsa (sambil menahan sebak). Gelandangan ini juga masalah kemanusian (menangis), bila saya jumpa mereka-mereka ini, saya dengar sendiri macam-macam. Mereka ini susah.
“Sebenarnya satu hikmah di sebalik kita menangani isu Covid-19 ini, kita juga secara tidak langsung dapat mendekati, memperhalusi golongan ini. Kita tubuhkan satu jawatankuasa khas secara harian uruskan krisis ini, antara isu adalah juga kumpulan gelandangan ini.
“Kita tidak boleh biarkan golongan ini terus merayau-rayau dan tinggal di merata maka golongan ini juga akan terdedah dengan bahaya penyakit ini. Ingat ya, penyakit tidak kenal darjat, kaya papa kedana, merempat mahupun miskin.
“Saya minta segera himpunkan mereka dengan tanggapan bahawa kumpulan ini sekadar 200 hingga 300 orang sahaja, rupanya hampir seribu. Saya terkejut.
“Apa gunanya kita ada bangunan pencakar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini, bayangkan apa yang difikirkan oleh orang luar khasnya pelancong dengan negara kita khasnya di bandaraya seperti ini,” katanya ketika memulakan bicara.
Sambung Annuar, pada awalnya perancangan beliau hanyalah mengumpulkan golongan gelandangan ini di satu penempatan selamat sehingga PKP namun apabila mula mendekatkan diri, beliau sedar tanggungjawab dan amanah itu lebih daripada itu.
“Ini bukan lagi soal beri makanan dan tempat tinggal sementara, ini soal kehidupan mereka selepas ini. Saya banyak berfikir, lagipun ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ahli keluarga saya selama ini begitu aktif dalam menjaga kebajikan khasnya makan minum mereka.
“Ketika melawat pusat penempatan mereka baru-baru ini, saya ada bertanya tentang keluarga, mereka tidak mahu bercakap. Kalau bercakap kerja, mereka juga tidak mahu. Mereka terima kehidupan mereka seadanya.
“Saya tidak sampai hati tengok keadaan transit mereka, ada tilam dan bantal sahaja. Saya tanya mengapa dengan kapasiti kita, mengapa tidak kita buat lebih? Jangan bagi makan sahaja, tapi beri kaunseling, sediakan ruang solat, ajar mereka kebersihan diri dan beri keyakinan.
“Kalau boleh potong rambut, berikan selimut bila tidur. Lepas itu saya terfikir, tamat PKP, maknanya kita lepaskan mereka, kumpulan ini akan kembali pada alam kehidupan mereka kembali. (menangis lagi).
“Saya ambil langkah lebih sikit, cari hostel lebih besar, saya tidak mahu lepaskan mereka. Selepas berunding dengan beberapa syarikat melalui Datuk Bandar, kita bukan sahaja berjaya cari tempat untuk dijadikan hostel kediaman sebaliknya juga pekerjaan untuk 700 orang.
“Dewan Bandaraya sendiri akan ambil sebahagian daripada mereka bekerja mengindahkan dan membersihkan Kuala Lumpur manakala ada juga syarikat swasta akan ambil mereka dan berikan pekerjaan dengan gaji RM1,400.
“Semua ini bukan dalam perancangan lagi sebaliknya sudah jadi realiti, mungkin 1 Mei ini. Kita perlu golongan gelandangan ini melalui beberapa saringan terlebih dahulu sebelum ambil mereka bekerja.
“Jika kita ajak atau tawar, mungkin mereka tidak mahu jadi kita akan paksa mereka.
“Terus terang saya cakap, benda yang kita rasa payah ini jika kita usaha, Tuhan akan mudahkan ia. Saya sendiri tidak sangka, dipermudahkan.
“Semua yang saya fikir, jadi kenyataan. Bukan kerajaan sahaja sebaliknya rakyat Malaysia ini sendiri datang memberi bantuan, macam-macam semuanya tampil beri sokongan, untuk itu sememangnya terima kasih sangat,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Dipersilakan.
Buatlah asalkan duit kerajaan mengalir jalan yang betul kepada rakyat yang perlukannya…
Alhamdulillah
Alhamdulillah….
Dari membiarkan gelandangan berkeliaran tak tentu hala di kota kota,
Saya sangat setuju, Kumpul kan mereka, tapis tahap pendidikan, kesihatan,kemampuan/ kemahiran.
Sebaik baik nya mereka ini dipecahkan dgn menawarkan peluang pekerjaan dgn kemahiran apa yg mereka ada.
Bagi kumpulan bekas² gelandangan penagih mereka harus disediakan warden asrama menjaga/memantau dan diberikan guru² agama masing-masing di waktu malam/rehat.
Ini lah yg selalu saya fikirkan sejak dulu,
Kerajaan dan badan² NGO tahu tapi melakukan tindakan yg salah,
Maksud saya…
Apakah yg akan golongan ini dapat selain sebungkus dua nasi sehingga
entah menunggu apa di hujung kehidupan.
Puluhan tahun berlalu, tak seorang Menteri pun memikirkan permasaalahan gelandangan secara Tan Sri Annuar Musa.
Tahniah …!!! Tan Sri..
Menteri berpengalaman yg terbaik…!!!
Bukan macam Atok….!!!!
Kutuk… sana …kutuk…sini…
dari 22 tahun sampai ke tua…
Idea tak pernah beri….!!!
Banyak retorik..
Buka kedai roti pun bungkus…!!!
Pertama alhamdulillah.
Kedua …..belum cuba belum tahu.
Ketiga…jaga bola sepak kelantan pun hancussss.
Sepatutnya perkara baik kita kena sokong bukan buat perbandingan dengan perkara yg lama , kita hanya merancang Allah plk menentukan diri kau sendiri x kan tidak berlaku kesilapan
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segala usaha pihak kerajaan utk membantu para gelandangan2 agar dpt sekurang2nya meningkatkan ekonomi mereka dgn menyediakan perkerjaan yg sesuai..mmg agak sukar nak membasmi tetapi sekurang2nya ada inisiatif dan sokongan badan2 ngo serta syarikat2 yg blh mengajikan mereka agar mereka mndpt peluang pekerjaan yg lebih baik.
Jgn busuk hati sgt lah..sekurangnya beliau ada inisiatif utk membantu bkn mcm anda yg hanya tahu mengkritik dan menghasut..anda xda agama ke anda xda hati hati perut ke knpa bangang sgt.
Satu usaha yang sangat murni dan patut disokong.
Hanya satu…..sepatutnya sebelum membuat apa2 kerja/perancangan, ia harus bermula dgn mendapatkan maklumat yg serba lengkap terlebih dahulu – jgn dok redah sebarangan. Tak kan lah pihak Bandaraya tidak punyai maklumat bilangan geladangan di sekitar WP…. setidak2nya Jabatan Kebajikan pasti afa maklumat tersebut. Seorang menteri tidak sepatutnya berhasrat utk buat itu atau ini tanpa dapat perangkaan yg betul dan tepat…….anggaran 200 – 300 orang tapi mencecah kpd 1000 orang (?)
Mana ada kerja2 “ad-hoc” di zaman sekarang ini.
Satu peringatan yg bagus utk dipelajari.
Ai, YB duduk di KL tak kan tak pernah nampak kelibat gelandangan ni!? Berpuloh tahun dah kehadiran mereka di KL ni! Masa YB jadi Chairman MARA dulu, ada aktiviti badan kebajikan staf MARA bantu golongan ni…..
Stady bohh
Langkah dan tindakan terbaik dari seorang Menteri yang berpengalaman yang merasai denyut nadi sebenar rakyat dan permasalahan bandaraya. Langkah untuk menukar sifat dan sikap serta budaya gelandangan ini dari hanya mengharap dan menanti ehsan, kepada mereka yang diberi peluang bekerja mencari kehidupan yang tidak sia-sia adalah langkah terbaik. Dengan pengawasan dan gaji upah yang munasabah, adalah lebih baik tawaran pekerjaan ini diberi kepada gelandang tempatan dari pendatang luar.
SUBHANAALLAH….
SEMOGA SEBAK DN AIRMATA TAN SRI ITU MENDAPAT RAHMAH DN INAYAH ALLAH SWT DLM AZAM DN USAHA MURNI TAN SRI MENDEKATI DN MEMBANTU GOLONGAN HAMBA2ALLAH INI…IN SHAA ALLAH.. SEMOGA DIPERMUDAHKN SEGALA URUSAN TERSEBUT..
Kpd Ariff abdul muluk..Jika anda tidak mampu menjadi garam untuk menghalang busuk nya ikan,tetapi jangan lah pula anda menjadi langau yg membawa ulat untuk merosakkan nya.
Aʟʜᴀᴍᴅᴜʟɪʟʟᴀʜ..ᴍᴏɢᴀ ᴛᴇʀʟᴀᴋsᴀɴᴀ ɴɪᴀᴛ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴡɪʟᴀʏᴀʜ ᴛᴀɴ sʀɪ ᴀɴᴜᴀʀ ᴍᴜsᴀ….ᴍᴇᴍʙᴀɴᴛᴜ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ sᴇᴊᴀɢᴀᴛ..
Tahniah tan sri anuar saya sememangnya menunggu tindakan tan sri seterusnya keatas gelandangan ini.bila tan sri beritahu mereka ini akan diambil bekerja alhamdulillah tapi sekiranya mereka ini dilepas bebas bila tamat pkp saya percaya tan sri gagal
Inilah sandiwara dunia….hanya yg pakar mampu menari di semua keadaan.
Harap peruntukan kerajaan untuk bencana Covid 19 kesemuanya sampai kepada komuniti ini.
Alhamdulillah..dlm msa yg singkatni jgk utk pikir Dan ubah mereka utk jd lbih baik dari segi sahsiah spt rohani Dan kebersihan…
Arif muluk …Buanglah busuk hati tu…Anda hari ini bukan Anda yang Semalam
Alhamdulillah…Jika Kita mempermudahkan orang lain..Allah akan mempermudahkan hambaNya..Insya Allah
Masalh geladangan bkn masalah baru tp dh lama nmpk sgt menteri baru tau masalh rakyat, nk tau kena turun ke lapangan bkn duduk ofis sj
Rupa2nya dia baru tahu setelah sekian lama jadi Menteri, MP & tinggal di KL..kih3x
Letak kan 1 tempat yg sempurna. Org tua suka duduk bersembang antara mereka bercerita. Ujudkn kerja yg mampu dia buat supaya tk boring. Baik lelaki n pompuan buat simple tp menarik.
Kena tgk …kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekon rakyat malaysia….juga majikan yg kapitalis ini…jgn hanya kejar utg shj…
teruskan kjaan bantu rakyat yg tgh ssh…kalau ikt PH semua xpe..semua masih terkawal….ni semua punca PH…korang rajin ikt kronologi kejadian….nasib baik ade “langkah sheraton”..kalau x…abis mati rakyat malaysia…pastu yg masuk dr KLIA berpusu2 dari mane????sendir paham la…teruskan kjaan..bantu rakyat….guna segala duit yg ada….
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahman..Engka satukanlah hati2 kami dgn iman dan Islam..
Kurniakan kami taufiq dan hidayahMu.
Kurniakan kpd pemimpin2 kami ketaatan dan keikhlasan hati dlm memikul amanahMu
Alhamdulillah kerana Kau permudahkan urusan mereka dan seluruh rakyat Malaysia dlm mengharungi ujianMu ini ..
Kami serahkan segala urusan kami hanya kpdMu
Tiada daya dan upaya kami melainkan dgn qudrat dan iradatMu Ya Aziz Ya Jabbar..
Terima kasih Ya Allah Ya Barr di atas bungkusan hadiah ini..
Walaupun bungkusannya kusam ..namun isinya Subhanallah tidak ternilai harganya ..
Alhamdulillah