Home Utama Tiga lagi kematian Covid-19 hari ini

Tiga lagi kematian Covid-19 hari ini

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sebanyak tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan berlaku hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang terkorban akibat wabak berkenaan di Malaysia sebanyak 76 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 153 kes baharu dengan jumlah kes positif Covid-19 direkodkan dengan yang terkini jumlah terkini sebanya 4,683 kes.

“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,499 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, seramai 66 pesakit bagi kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 37 kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

 

+ posts