Home Nasional Selain makanan, Zoo Negara perlu bekalan ubat

Selain makanan, Zoo Negara perlu bekalan ubat

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (kanan) menyerahkan replika cek kepada Presiden Malaysian Zoo Logical Society, Datuk Seri Zaharin Md Arif pada Majlis Penyerahan Bantuan Dana kepada Zoo Negara di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL 13 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Selain bekalan makanan, Zoo Negara juga memerlukan bantuan  perubatan untuk semua hidupan liar yang dipelihara di situ.

Timbalan Presidenn Rosly@Rahmat Ahmad Lana berkata, sehingga kini bantuan yang banyak diberikan adalah dalam bentuk bekalan makanan.

Katanya, setiap hari  kos bekalan ubat-ubatan termasuk makanan haiwan yang dibelanjakan oleh Zoo Negara adalah RM12,000.

“Sekarang ini yang kita perlukan juga adalab ubatan haiwan. Untuk makanan dan perubatan kita belanjakan RM12,000 sehari RM360,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas menerima dana bantuan RM1.3 juta dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di sini.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana

Mengulas mengenai keperluan makanan untuh haiwan-haiwan di Zoo negara, katanya, sehingga kini sambutan orang ramai yang menghulurkan bantuan sangat menggalakkan.

Menurutnya, sebanyak 99 peratus penyumbang datang daripada individu dan jumlah keseluruhan mengatasi RM500,000.

Walaupun jumlah itu belum mencukupi namun  Rosly yakin bantuan akan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Berdasarkan respon positif masyarakat tidak mustahil Zoo Negara berjaya mengumpul RM1 juta bantuan kewangan untuk digunakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setakat ini sumbangan orang ramai mengatasi RM500,000 dari orang ramai tapi buat masa ini belum cukup lagi

“Hari-hari ada emel masuk (untuk sumbangan) jadi saya jangka dalam sejuta akan dapat bantuan,”katanya.

Semenjak PKP dikuatkuasakan 18 Mac yang lalu untuk mengawal Covid-19, pelbagai sektor tidak dibenarkan lagi beroperasi seperti biasa untuk mengelakkan perhimpunan besar berlangsung selaras dengan ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM).

Terkini, kerajaan membuat keputusan meneruskan PKP kepada fasa ketiga yang dijangka tamat pada 28 April. -MalaysiaGazette