Home Seni Hidup Kedutaan Arab Saudi sumbang makanan untuk IPK KL

Kedutaan Arab Saudi sumbang makanan untuk IPK KL

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan (dua kanan) bergambar bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (dua kiri) selepas mengagihkan nasi arab kepada PDRM yang juga barisan hadapan susulan penularan wabak Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Arab Saudi menyampaikan sumbangan makan tengahari sebagai penghargaan petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sumbangan itu melibatkan 1,000 pek menu  dan majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Pasukan polis termasuk dari IPK KL antara pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menguatkuasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

Kawasan ibu kota antara kawasan yang terbanyak mencatatkan zon merah Covid-19.- MalaysiaGazette