Home Nasional Covid-19: Negara sedia tambah peralatan perubatan jika wabak semakin kritikal

Covid-19: Negara sedia tambah peralatan perubatan jika wabak semakin kritikal

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (dua kanan) diiringi Dekan Fakulti Kejuteraan UTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Mohammed Rafiq Datuk Abdul Kadir (kanan) melihat sebuah mesin rawatan pada Taklimat Media Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2020

PUTRAJAYA – Malaysia telah bersedia untuk menghadapi penularan wabak Covid-19 yang lebih teruk dengan menambah peralatan perubatan menerusi penghasilan produk yang inovasi.

Namun penularan virus itu di negara ini dijangka tidak seteruk di Eropah seperti yang dialami di Itali.

Produk inovatif penghasilan ventilator menerusi pencetakan 3D dan kit splitter untuk ventilator diperolehi menerusi kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Manakala pembangunan Unit Penjagaan Rapi (ICU) hibrid di lapangan dihasilkan melalui kerjasama antara kementerian itu dengan UEM Edgenta Berhad.

Penghasilan ventilator itu adalah bagi menyokong keperluan asas bantuan pernafasan pesakit Covid-19 manakala kit splitter pula akan membolehkan ventilator digunakn untuk dua orang pesakit yang bertujuan menyokong keperluan asas bantuan pernafasan pesakit.

Bagi ventilator yang dihasilkan meneriusi Percetakan 3D dan kit splitter ia masih di peringkat prototaip.

Penghasilan ICU hibrid di lapangan pula bertujuan untuk menyokong rancangan persediaan KKM menyediakan kemudahan ICU tambahan dengan konsep pembinaan pasang siap semasa penularan sesuatu wabak.

Dekan Fakulti Kejuteraan UTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Mohammed Rafiq Datuk Abdul Kadir (kiri) membentang mengenai ‘Ventilator 3D Printing’ pada Taklimat Media Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2020

Pengarah (Bahagian Kejuruteraan) KKM, Ir. Tauran Zaidi Ahmad Zaidi berkata, sekatat ini semua peralatan kesihatan yang terdapat di hospital di negara ini adalah mencukupi.

“Apa yang kita dapat (maklumat) ialah ia (keadaan penularan wabak Covid yang lebih teruk) tidak akan berlaku.

“Bagaimanapun ia adalah pesediaan untuk keadaan yang lebih teruk,” katanya selepas Talimat Media Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba diberi taklimat mengenai ketiga-tiga produk tersebut.

Menyentuh tentang ventilator yang dihasilkan daripada percetakan 3D, Tauran Zaidi berkata, peralatan tersebut akan dihantar kepada Sirim Berhad bagi menyediakan standard.

Ketua Unit FEMS dan SP, Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Ir. Mazlan Yusof memberi taklimat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (dua kanan) mengenai ICU hibrid di lapangan (Field Hyrid ICU -FHyICU) pada Taklimat Media Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2020

Sementara itu, beliau menjelaskan, KKM telah mengkaji perincian ICU hibrid di lapangan dan ia mungkin dipasang di satu atau dua buah hospital.

“Kita tak perlu usik (menjejaskan) hospital sedia ada, ia dibina di kilang dan di pasang di (kawasan) hospital,” katanya yang menerangkan tentang kelebihan kemudahan ICU itu yang mana ia boleh dileraikan apabila tidak diperlukan.

Saiz kemudahan tersebut adalah fleksibel yang mana ia boleh memuatkan enam atau lapan atau 10 katil, meggikut keperluan selain dilengkapi dengan kelengkapan seperti ICU di hospital.

Menurutnya, pemasangan ICU itu boleh dilakukan dengan pantas dan udara yang disalur ke luar adalah selamat kerana ia telah ditapis terlebih dahulu. – MalaysiaGazette