LONDON – Bekas pemain dan pengurus Chelsea, Gianluca Vialli mengesahkan dia kini sudah pulih sepenuhnya selepas 17 bulan berjuang ‘melawan’ penyakit kanser pankreas.
Menurut sumber Goal, Vialli yang kini berusia 55 tahun itu tidak mengalami simptom-simptom penyakit itu selepas menjalani dua kitaran rawatan kimoterapi berasingan.
Meskipun mengakui berdepan satu detik sukar dalam hidupnya sebelum, Vialli masih bertuah jika ingin dibandingkan dengan pesakit yang menderita disebabkan Covid-19.
”Pada Disember lalu, saya telah menamatkan rawatan kimoterapi selama 17 bulan, satu kitaran selama lapan bulan dan satu lagi dalam masa sembilan bulan.
”Ia memang sangat menyukarkan, walaupun bagi seorang yang kuat seperti saya kerana mengganggu kedua-dua fizikal dan mental.
”Ujian telah menunjukkan tiada tanda-tanda penyakit itu lagi. Saya sangat gembira, memastikan diri saya kembali sihat,” ujar bekas pemain kelahiran Itali itu.
Ketika bergelar pemain dan pengurus Chelsea, Vialli telah menikmati beberapa kejuaraan bersama The Blues apabila menjulang Piala UEFA Cup dan Piala Liga musim 1997/98 serta Piala FA sebanyak kali (1996/97 dan 1999/00). – MalaysiaGazette