Home Politik GLC: Lantikan hanya untuk beli sokongan ahli Parlimen

GLC: Lantikan hanya untuk beli sokongan ahli Parlimen

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Tindakan Perikatan Nasional (PN) memberikan jawatan kepada ahli-ahli Parlimen dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah satu langkah jelas untuk ‘membeli sokongan’ terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempunyai majoriti tipis, kata Pakatan Harapan (PH).

Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan diri sekiranya undi tidak percaya diadakan di Parlimen kelak.

Bagaimanapun, tindakan tersebut hanya berpotensi mendatangkan kesan negatif kepada prestasi GLC yang merupakan penyumbang utama kepada hasil negara.

“Langkah untuk memberi jawatan GLC kepada setiap ahli parlimen telah memusnahkan usaha kerajaan Pakatan Harapan yang melantik golongan profesional untuk menerajui GLC bagi memastikan tadbir urus yang cekap berdasarkan kemampuan, pengalaman dan akauntabiliti.

“Contoh jelas seperti pemecatan Pengerusi seperti Tan Sri Bakke Salleh dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Hasnita Hashim dari MARA, Dr Nungsari Ahmad Radhi dari Khazanah Research Institute, dan Zakri Khir di Perkeso.

“Terkini, bekas presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan telah diberhentikan daripada lembaga Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

Dengan itu, PH mendesak Muhyiddin untuk tidak mendahulukan kepentingan politik melebihi kepentingan negara dan rakyat,

Perdana Menteri katanya, perlu melantik semula golongan profesional yang dihormati industri ke dalam GLC dan badan berkanun.

“Tindakan menggantikan golongan profesional sebagai pengerusi dan pengurus dengan lantikan politik untuk ‘membeli sokongan’ menunjukkan kerajaan PN bukanlah sebuah kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat, seperti yang diakui oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. For sure walaupun lantik professional oleh PH utk terajui GLC there’s nothing they do for 22 months.. are we blind couldn’t see what was happening within times…PH can say what they want .. PN must proof they’re better don’t ever repeated what was BN doing wrong although there’s more good things done for 60 years..

  2. It has been the practice ever since. Masa PHaruupun memerintah, tak bother nak putuskan amalan2 ini. They carry on with the tradition… professional or mangkok..semuanya kan atas tiket perlantikkan politik che Kiah oiii. Sekarang kena kat batang hidung terus meroyan tak berenti.

    #Cakapmacamketam

  3. Ho Pakatan bodoh..yg ko senarai kan tu semua penjilat tegar Pakatan DAP…Parti DAP jer berapa banyak GLC dia pegang…profesional kepala hotak ko laaa

  4. Macamnilah… kita lau nak bagi pendpt kena agak2 kalau pendpt itu orang boleh dengar, amik pot dan akhirnya betul2 leh pakai ke.. Sejak bbrapa masa ni pendpt kau orang mcm iklan bahasa cina jual daging salai kat tv1. Boleh byangkn tak tengah2 tengok berita covit kluar iklan ni, agak2 brapa tan kena maki.. tolonglah pk, kalau tak untuk kebaikan penonton, pk untuk kebaikan diri sendiri tu.. pendpt kau org tu sia2 dtambh lah pendptan langsung takde..

  5. MP ke Profesinal…. sama sahaja asalkan mereka boleh membawa GLC kearah kecemerlangan. Integriti bergantung kpd individu …

  6. Aku suka brita ni..sbb apa..tahi anjing yg di lontar olh puak2 ph, jatuh atas kpla puak2 ph juga..hai ph ko tak pyh nk ckp lh ya…blh di katakn 21 bln puak2 tadbir ngra , blh di katakn GLC di tadbir olh anjing2 politik ph…klkar lh puak2 ph ni…cakp org tapi puak2 dia yg mcn anjing duk myalak..pi lh ph bodon bin dap kafir harbi..

Comments are closed.