KUALA LUMPUR – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang akan dibuka semula kepada pengunjung mulai 18 Mei ini.
PKGK telah ditutup sejak 9 Mei lalu kerana banjir besar.
Meskipun begitu, pejabat PKGK masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan terdapat sebahagian kawasan yang akan ditutup kepada orang awam berikutan kerosakan struktur tanah dan bangunan serta peralatan pejabat, menurut Jabatan Perhilitan.
Sehubungan itu, para pengunjung diminta berhati-hati ketika melakukan aktiviti di PKGK serta mematuhi segala arahan dan peraturan pihak pengurusan PKGK sepanjang masa. – MalaysiaGazette