TOKYO – Harga minyak meningkat pada Selasa selepas pengeluaran syal Amerika Syarikat dijangka jatuh pada bulan April, selain pengurangan pengeluaran oleh pengeluar-pengeluar lain.
Niaga hadapan Brent naik AS$0.56 kepada 1.8% kepada AS$32.20 setong selepas ditutup tinggi.
Manakala West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.47 atau 2.1% kepada AS$22.88 setong selepas susut 1.5% pada sesi sebelumnya.
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum, bersama-sama dengan Rusia dan negara-negara pengeluar lain – yang dikenali sebagai OPEC + – bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong seharipada bulan Mei dan Jun, bersamaan kira-kira 10% daripada bekalan global sebelum penularan wabak.
Amerika Syarikat juga mengurangkan pengeluaran dengan unjuran penurunan kira-kira 19.5 juta tong sehari.
Tetapi para penganalisis, eksekutif industri minyak dan lain-lain berkata, tidak kira bagaimana angka-angka itu dapat dikurangkan namun ia tidak mampu sepadan dengan penguncupan sekitar satu pertiga daripada permintaan minyak dunia susulan wabak Covid-19.
Harga minyak masih susut lebih 50% setakat tahun ini. – MalaysiaGazette