KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin-pemimpin kerajaan agar tidak menjadi seperti Pakatan Harapan dalam membuat keputusan dan tindakan.
Melalui hantaran hari ini, bekas Perdana Menteri itu memberi lima pesanan.
Pesannnya ialah:
1. Jangan sering buat U-turn.
2. Jangan gunakan saluran rasmi kerajaan termasuk page FB untuk troll atau bermain propaganda.
3. Jangan buat majlis potong riben benda-benda remeh atau terlalu gian untuk mempromosikan diri.
4. Jangan kedekut dengan bantuan rakyat.
5. Jangan hina Rakyat atau penjawat awam.
Peringatan beliau itu dipercayai ada kaitan dengan kelulusan operasi kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan salun kecantikan untuk beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun kebenaran itu ditarik balik sebelum pelbagai pihak melahirkan kebimbangan operasi kedai-kedai itu akan menyebabkan usaha Kementerian Kesihatan membendung Covid-19 akan menjadi sia-sia.
Selain itu, berhubung isu kenyataan Friends of Adham Baba mengenai Menteri Kesihatan yang dimuat naik dalam halaman Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenyataan tersebut yang dilihat sebagai propaganda politik telah mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati apabila laman sosial kementerian itu disalahgunakan. – MalaysiaGazette
Ingat kan ada sebesar kesilapan .
1 mdb.
Tak tahu @ lupa bila ditanya soalan dimahkamah.
Yg paling besar..
Khianat undi rakyat..
Ini bukan saja menjadi kutukan dunia.
Bahkan di akhirat kelak.
قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا
“Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.
Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
1. Surah AlHajj. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
3. Surah Yusuf. Ayat 106.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
*Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)
Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
(Tuan Guru Nik Abdul Aziz)
Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
(YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)
#janganjemuuntukberiperingatan.
Arif abdul muluk kamu ni dimahkamah dipanggil saksi pandang dengar.tak boleh pakai dimahkamah.kalu setakat baca surat kabar dng tengok maklumat di internet tak payah nak tuduh org lah.buat dosa ssja
Anjing2 DAP yg bertopeng Islam dah menyalak lagi. Ko lah golongan yg sanggup jual Islam n Melayu kat DAP.
usahlah bermain dengan surah dan kata pujangga kalau hal2 kecil didunia untuk kebaikan sejagat pun tak reti nak handle dan tak tau menilai mana permata kaca dibangga wahai manusia zalim…