KUALA LUMPUR – Pengacara dan aktres, Neelofa menyifatkan Fattah Amin, 27, berhak memenangi Anugerah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH 3.0) baru-baru ini.
Neelofa, 28, turut menyifatkan bekas kekasihnya itu seorang yang kuat bekerja sepanjang tahun tahun lalu.
Namun wanita kelahiran Kelantan itu enggan menjawab soalan sama ada dia telah mengucapkan tahniah kepada pasangan hero yang dalam drama rantaian yang mencetuskan fenomena, Suri Hati Mr. Pilot.
“Ucap tahniah? Saya tak nak cakap tapi dia berhak menang kerana telah bekerja kuat. Memang tahun dia kerana tiap-tiap hari dia bekerja,” kata Neelofa pada sidang media majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017 di sini semalam.
Pada ABPBH3.0 yang berlansung malam Ahad lalu, Neelofa berjaya merangkul trofi Pengacara Paling Popular menewaskan nama-nama besar seperti Alif Satar, Zizan Razak, Nabil Ahmad dan Mira Filzah.
Ditanya kelibat yang tidak kelihatan selepas majlis berakhir hingga menimbulkan cakap-cakap dia kecewa tewas kepada Fattah, Neelofa menafikan dakwaan itu.
Jelasnya, tindakannya pulang awal kerana ingin mengelak kejadian yang tidak diingini serta mewujudkan drama lain.
“Daripada awal lagi saya memang tidak mahu menyertai ABPBH. Tapi bila dapat tahu ia undian online kali, saya setuju.
“Bukan apa, saya tidak mahu macam tahun lalu apabila cakap-cakap orang kata saya menang sebab beli suratkhabar.
“Lagi pun baju pun saya tidak sempat buat dan tiba di majlis ABPBH lewat dan terus ke belakang pentas,” katanya yang mengakui tidak bertembung dengan Fattah pada malam itu.
Sebelum itu, Neelofa dan Fattah dikatikan sebagai pasangan bercinta sehinggalah peminat memperkenalkan hashtag #Lofattah di media sosial sebagai menyokong percintaan mereka – MalaysiaGazette