KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia merupakan pertemuan pertama mereka selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.
Menurut Anwar, pertemuan yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri petang tadi berlangsung kira-kira 45 minit.
“Beliau (Muhyiddin) jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
“Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan. Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi,” katanya dalam hantarannya di Facebook malam ini.
Anwar menegaskan, beliau juga menyinggung cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terkait Covid-19.
“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.- MalaysiaGazette
Kalau nak bincang bende2 TAK PENTING tak usahlah jumpa PM!
Disaat2 kritikal, hanya buang masa PM saja!
Kah..kah..kah..
Kata PM kianat amanah rakyat.. Kerajaan pintu belakang.. Akhirnya ANUar ikut pintu depan jumpa PM.. Memang jenis lidah bercabang.. Belakang kutuk PM akhirnya terpaksa sujud jumpa PM.. Kalau tak setuju pelantikan PM kenapa jumpa..kenapa tak boikot je PM tu.. Akhirnya kamu kena terima kamu kema game dengan Atok.. Pandan muka kamu..