Home Nasional Rakam gambar bekas menteri tak menyalahi SOP

Rakam gambar bekas menteri tak menyalahi SOP

SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menjelaskan tindakan pegawainya yang telah mengambil gambar seorang bekas timbalan menteri semasa sesi rakaman percakapan baru-baru ini tidak menyalahi mana-mana Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang didakwa.

“Pengambilan gambar tersebut adalah sebahagian daripada tatacara untuk tujuan rekod sahaja. Bagaimanapun, gambar berkenaan berkemungkinan telah dikongsikan dengan pihak luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SKMM berkata demikian merujuk kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mendakwa berlaku salah laku dalam kalangan pegawai agensi berkenaan berhubung sekeping gambar beliau yang dipanggil memberi keterangan.

Bagaimanapun, SKMM menegaskan, satu siasatan dalaman kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan.

“SKMM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku oleh pegawainya dan tindakan disiplin akan diambil jika individu bertanggungjawab itu didapati bersalah,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fuziah hairan gambarnya disoal siasat tersebar di media sosial