PUTRAJAYA – Kadar jangkitan Covid-19 di negara ini berjaya dikawal kerana setiap pesakit yang disahkan positif ditahan, diisolasi dan dirawat hospital sehingga pulih.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berbanding negara-negara maju seperti United Kingdom dan Itali, mereka yang menunjukkan simptom yang teruk sahaja diterima hospital manakala individu yang menunjukkan gejala ringan diminta melakukan isolasi diri di rumah masing-masing.
“Apabila kita di sini melakukan ujian, jika seseorang pesakit itu masih didapati posiitif dengan virus Covid-19, kita akan memastikan dia diwadkan untuk rawatan hospital.
“Mereka akan sentiasa dipantau rapi dan dirawat selain memantau perkembangan kesihatan sehingga pulih sepenuhnya daripada virus,” katanya kepada media harian penularan Covid-19 hari ini.
Noor Hisham berkata, kaedah efektif pemantauan pesakit dengan rawatan secara rapi di hospital juga membolehkan pihaknya mengesan kes positif dalam kalangan mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala
“Kita dapat mengesan 88 peratus daripadanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette