TERKINI : Kerajaan Utamakan Nyawa Pelajar – Arthur Joseph

Keputusan kerajaan untuk tetap tidak membenarkan pelajar universiti pulang ke kampung halaman masing-masing pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini adalah demi keselamatan dan nyawa mereka.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup, cara ini adalah yang terbaik memastikan keselamatan semua rakyat pelbagai lapisan masyarakat dalam negara terjamin khususnya mengelakkan pelajar universiti terdedah dengan risiko dijangkiti wabak Covid-19.

“Tapi dalam masa yang sama niat kita untuk mereka kekal di kampus kerana mengutamakan keselamatan nyawa mereka supaya mereka tidak balik ke kampung masing-masing yang mungkin memberi risiko jangkitan yang lebih tinggi.