Home Politik Presiden UMNO jangan campur berlebihan urusan PM

Presiden UMNO jangan campur berlebihan urusan PM

Mohd Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta jangan campur tangan secara berlebihan urusan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Exco Armada Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, Ahmad Zahid perlu menghormati Perdana Menteri dalam soal tuntutan perjawatan kerana ia hak prerogatifnya.

“Hari ini tular di media sosial dengan turut dilaporkan di beberapa portal berita mengenai desakan pihak UMNO melalui presidennya yang turut disahkan sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan mengenai tuntutan perjawatan khususnya kepada beberapa pimpinan UMNO Sabah.

“Antara nama yang dicadangkan termasuk Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, yang disabitkan kesalahan rasuah dan masih menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ashraf, Ahmad Zahid dan seluruh kepimpinan UMNO jangan tamak kerana sudah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih banyak pemimpin UMNO dalam barisan eksekutif agensi dan GLC di negara ini.

“Kita telah menyaksikan sejak peralihan koalisi kerajaan yang memerintah, UMNO kini diberi peluang kedua sehingga negeri mahupun kementerian di bawah teraju Bersatu atau yang seharusnya dipimpin Bersatu juga telah dikorbankan.

“Maka sifat gila kuasa seakan UMNO sahaja yang layak adalah suatu perlakuan yang tidak mencerminkan keharmonian dalam gabungan dan ini tidak seharusnya ditonjolkan dalam keadaan wabak yang sedang melanda! Malah dalam kalangan UMNO juga sepakat bahawa kita seharusnya mengelakkan dari ‘berpolitik’ saat wabak ini,” katanya lagi.
.
Menurutnya, di Sabah, pimpinan negeri dari Bersatu seperti Datuk Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dilihat lebih layak dan mempunyai kredibiliti dari nama-nama yang dicadangkan oleh pihak UMNO.

“Maka selaku suara Bersatu itu sendiri, saya sarankan agar Zahid menghormati dan menyerahkan segala atas kebijaksanaan Muhyiddin dan sekarang hakikatnya bukan masa untuk lebih fokus bicara soal jawatan melainkan hal wabak yang lebih menghimpit rakyat dan negara. UMNO diminta jangan merumitkan lagi keadaan,” katanya.- MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Kau jgn jadi bugima sgt la ashraf mustakim.. kalau tanpa sokongan dari PAS/UMNO tsmy pun takkn naik jadi pm..dan kau pn masih tak ketentuan arah hala tuju nya,kalau zahid tu gila sgt jawatan dri awal dia sdah claim dri tsmy,kau ingat zahid tu serupa dato kunyit al jubo kah?

  2. Yeop, kau pi mengampu ATUK95 sudah le. Kalau diikut hati rakyat kami lebih suka adakan PRU15…. aku nak tengok berapa kerat jee MP Bersatu akan menang semula. Jangan lebih kuah dari nasi le.

  3. Ko tak pyh nk myalak lah bersatu..ko ingat kursi yg pling byk n besar dlm pn siapa..jgn smpai hncur di tgah jaln ya…ingat tu…klu nk harapkn kursi bersatu brpa sagt bro..ko tak pyh nk myalak lh ya….umno dn pas gabungan muafakat lbh kurang 60 kursi bro..ingat tu..klu ko tak ingat…dah lh menteri yg pm bg kpd umno dn pas menteri yg tak ke mana pun…sptutnya menteri n tpm di bg kpd pakatan muafakat …bkn kpd puak2 bersatu yg lbh…ko tu yg tamak, tak byk kursi nk byk jwtan.

  4. Ni armada biol ni pi main jauh2 dgn Syed Saddiq..jgn tak sedar diri…ingat blh jd PM kah kalau UMNO tak sokong??? Bodoh punya Armada

  5. Umno & Pas sanggup bantu geng pintu belakang sebab demi agama, bangsa, negara dan arahan dipertua agong sahaja kalau diikutkan Umno pun tak nak Bersatu sebab ada YB katak, tak akan nak cium Katak, bukan boleh jadi Putera dan Puteri. Lebih baik ada PRU yang baru, sekurang-kurangnya YB PH sudah bungkus tinggal sikit.

  6. Jgn jd bodoh dan bangganglah alfie .. ujudnya PN sbb umno bg sokongsn , tanpa sokongan umno kerajasn PN tak ujudlah bodohhh ..nsk bercskap guna otok tuuu ..

Comments are closed.