Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata harga kit ujian pantas yang diimport dari Korea Selatan akan dijual pada harga kurang daripada RM50 seunit.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata harga itu mampu dijual kerana ia akan dibawa masuk secara pukal.
“Ketika ini harganya kurang daripada RM50, tetapi sebab kita akan beli pukal, jadi kosnya menjadi lebih murah,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di KKM.