Home Nasional Menteri, timbalan menteri ‘tak kebal’ jika ingkar PKP – Takiyuddin

Menteri, timbalan menteri ‘tak kebal’ jika ingkar PKP – Takiyuddin

full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KOTA BHARU – Menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, jika benar ada perkumpulan yang melibatkan mana-mana menteri mahupun timbalan menteri dilakukan secara sengaja, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Semua orang tertakluk kepada undang-undang, termasuk menteri tak ada imuniti terhadap undang-undang ini. Kalau dikatakan sengaja (mengingkari PKP) dan terang-terang melanggar prosedur operasi standard (SOP), terpulang kepada penguat kuasa untuk ambil tindakan. Namun ia bergantung kepada kesalahan.

“Menteri bermesyuarat setiap hari mengenai isu-isu berkaitan COVID-19 dan setelah selesai mesyuarat, ada yang memerlukan (melakukan) tinjauan lanjut. Sebagai contoh seorang menteri datang ke satu tempat, ia melibatkan taklimat, melibatkan pandangan yang perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, tular di laman sosial mendakwa lawatan kerja seorang timbalan menteri tidak mengikuti SOP PKP selepas ramai dilihat berkumpul dan makan bersama tanpa jarakan sosial. – Bernama

1 Komen

  1. The government and enforcement unit must practice professional ethics when discharging their duties diligently. Just taking over an incident is not helping with transparency and accountability.

Comments are closed.