Home Politik Ambil iktibar Menteri Kesihatan NZ letak jawatan ingkar sekatan perjalanan

Ambil iktibar Menteri Kesihatan NZ letak jawatan ingkar sekatan perjalanan

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali tidak menunjukkan contoh teladan yang baik apabila melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sedangkan, rakyat tidak mahu ada peraturan-peraturan berbeza antara mereka dan pemimpin.

Apatah lagi, kedudukan Noor Azmi sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut beliau, di New Zealand, menteri kesihatannya meletakkan jawatan kerana melanggar peraturan sekatan perjalanan.

Begitu juga dengan orang awam yang melahirkan kemarahan kepada Menteri Perumahan United Kingdom dan Menteri Komunikasi Afrika Selatan atas sebab yang sama.

”Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan teladan,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette