Home Seni Hidup Pengarah kartun Popeye, Tom & Jerry meninggal dunia

Pengarah kartun Popeye, Tom & Jerry meninggal dunia

Gene Deitch menghembuskan nafas akhirnya di kediamannya di Prague

PRAGUE – Individu ikonik yang tersohor sebagai pengarah legenda kartun Tom& Jerry dan Popeye The Sailorman meninggal dunia semalam.

Gene Deitch dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 95 tahun.

Pemenang anugerah berprestij dunia Oscar sebagai juruilustrasi terbaik disahkan meninggal dunia di kediaman Apartmen di Prague.

Rakan rapatnya, Petr Himmel dari Czech Republic mengesahkan berita kematian Deitch kepada Agensi Associated Press Jumaat Jumaat lalu.

Menurutnya, kematian Deitch berlaku tanpa dijangkakan.

 

Gene atau nama penuh Eugene Merrill Deitch dikenali untuk penghasilan kartun animasi seperti Munro, Tom Terrific, Nudnik dan juga kartun bersejarah yang masih terpahat dalam hati komuniti dunia iaitu Popeye.

Pengarah legenda antara kartun tersohor dunia, Popeye The Sailorman meninggal dunia Khamis lalu.

Deitch pernah berkhidmat sebagai jurudraf di syarikat penerbangan Amerika Utara sebelum menjadi jurudraf untuk tentera dan menyertai latihan juruterbang.

Dia juga dicalonkan untuk anugerah Oscar yang sama sebanyak dua kali pada tahun 1964 untuk filem animasi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.

Dari tahun 1945 ke tahun 1951, Gene menyumbangkan seni dalaman kepada majalah Jazz The Record Changer.

Ribuan ucapan takziah memenuhi ruang twitter dan media sosial ekoran berita menyedihkannya.

Tom and Jerry antara kartun popular hasil arahan Gene Deitch yang memenuhi zaman kanak-kanak kebanyakan orang pada era 70-an hingga hari ini.

Kebanyakannya merakamkan penghargaan kerana hasil kartun Tom and Jerry dan Popeye yang banyak memberi kenangan manis semasa zaman kanak-kanak mereka sejak 1970-an.

“Tabik kepada anda tuan Deitch, pengarah tersohor kartun Tom&Jerry dan Popeye..Kamu telah memenuhi zaman kanak-kanak kami dengan kenangan memori yang begitu indah dan bermakna,” keluh dalam ucapan takziahnya.-MalaysiaGazette