Home Seni Hidup Nur, Nur 2 diulang tayang sepanjang Ramadan

Nur, Nur 2 diulang tayang sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Drama yang mencetuskan fenomena, Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin akan diulang siar di TV3 bermula esok.

Drama terbitan syarikat produksi, Radius One Sdn Bhd akan menghiasi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Dua drama itu akan disiarkan hingga Aidilfitri ini.

Drama Nur mencetuskan fenomena disiarkan pada Ramadan, dua tahun lalu. Ia membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Atiq Azman, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menyaksikan dominasi drama Nur meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan, Pengarah, Penulis Skrip Pilihan, Aktor Pilihan, Antagonis Pilihan dan Pasangan Pilihan.

Pada Anugerah Skrin 2018, Nur diangkat Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Impak drama Nur mendorong Radius One menghasilkan Nur 2 pada tahun lalu yang menampilkan pelakon, Azar Azmi sebagai watak antagonis selain mengekalkan pelakon sedia ada. – MalaysiaGazette