KUALA LUMPUR – Seramai 23 individu ditahan di sekitar Taman Sentosa, Klang awal pagi tadi kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang memaklumkan mengenai penahanan itu menerusi kenyataan di Facebook rasminya memberitahu, kesemua individu terbabit ditahan oleh Pasukan Cantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.
Katanya, penahanan dibuat selepas mereka tidak dapat memberikan alasan munasabah untuk berada di luar rumah pada waktu PKP fasa ketiga sedang dilaksanakan.
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
Semaklah tgk mula org tua gila tu..