Home Dunia Telan pil belon untuk kurus

Telan pil belon untuk kurus

PARIS – Usaha menurunkan berat badan semakin mudah hanya dengan menelan belon cecair yang terbukti lebih selamat dan efektif.

Belon yang dinamakan intragastik itu sebenarnya telah gunakan sejak berdekad untuk membantu pesakit obesti mengurangkan berat badan.

Penyelidik yang terlibat dalam eksperimen di Universiti Sapienza, Roberta Ienca berkata, belon itu akan gelembung bersama air akan mengatasi rasa lapar, sekali gus memudahkan pesakit obesiti diet.

Sebelum ini, penggunaan belon itu dimasukkan ke dalam perut melalui pembedahan, satu prosedur yang mahal dan memerlukan ubat pelali.

Ienca berkata, percubaan telah dilakukan terhadap 42 pesakit obesiti – 29 lelaki dan 13 wanita – dengan menelan belon seperti makan ubat pil.

Katanya, kateter dimasukkan ke dalam belon, yang dilipat dalam kapsul.

Beliau menambah, seorang doktor perlu memenuhkan belon itu menggunakan satu tiub kecil yang kemudian ditarik keluar melalui mulut.

“Proses ini hanya mengambil beberapa saat,” ujarnya.

Katanya, belon itu akan berada dalam perut selama 16 minggu dan semasa itu pesakit akan diberi diet rendah karbohidrat dan kalori.

Pada akhir prosedur itu, injap pelepasan dalaman secara automatik terbuka dan membuang belon tersebut.

Rata-rata pesakit yang menggunakannya akan susut lebih daripada 15 kilogram, kira-kira 31 peratus daripada berat badan asal.

Ienca berkata, setakat ini tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan. – MalaysiaGazette