Home Nasional Polis sahkan penahanan Prabakaran

Polis sahkan penahanan Prabakaran

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya telah menahan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan seorang lagi individu semalam kerana  melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, wakil rakyat PKR itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Sehubungan dengan perkara ini polis menahan dua lelaki India jam lebih kurang 4.30 petang, seorang berumur 24 tahun satu lagi 40 tahun.

“Kita tahan untuk siasatan lanjut atas dakwaan melanggar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Taman Sri Murni),” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau sebelum itu hadir dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam, media melaporkan Prabakaran ditahan oleh polis atas kesalahan melanggar PKP namun tidak ada pengesahan daripada polis.

Laporan penahanan wakil rakyat itu semalam hanya dikongsi salah seorang pegawai wakil rakyat PKR dengan mendakwa Prabakaran ditahan semasa berada di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang  diisytihar sebagai PKPD.

Dalam masa yang sama Mazlan turut memaklumkan polis sedang  menyiasat dakwaan Prabakaran semalam yang hadir di pusat kawalan (Command Centre) dengan keizinan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dia kata dia ada surat dari MKN kita akan siasat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Prabakaran ditahan sebab ingkar arahan PKP?