Home Sukan Coutinho sedia berhijrah ke Stamford Bridge

Coutinho sedia berhijrah ke Stamford Bridge

Philippe Coutinho

LONDON – Chelsea kini dalam peringkat akhir perjanjian untuk membawa pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho ke Stamford Bridge akhir musim ini.

Bekas pemain Liverpool berusia 27 tahun itu difahamkan sudah bersedia untuk berpindah ke Chelsea apabila jendela perpindahan musim panas dibuka Jun ini.

Laporan di Sepanyol mendakwa pemain itu telah menyertai Barcelona pada tahun 2018 bagaimanapun gagal mencapai piawaian yang dikehendaki the Catalans.

Dia kemudian dipinjamkan kepadsa Bayern Munich musim lepas sebagai langkah mengembalikan keyakinan dan aksi asal.

Sebagai menepati jangkaan, bintang Brazil itu menyerlah dalam Bundesliga Jerman dengan menjaringkan lapan gol dan mencipta enam bantuan gol sebelum pandemik Covid-19 menjejaskan segala liga di Eropah.

Bayern dikatakan tidak berhasrat untuk menerima pilihan pembelian tetap £105 juta pound yang diberikan oleh Barcelona musim lalu.

Kini Chelsea tampil menyediakan laluan selamat untuk Coutinho mengesahkan kariernya dengan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Barcelona juga percaya Chelsea menyediakan tawaran realisitik untuk pemain itu menghidupkan semula survivalnya dalam bola sepak dan kini Coutinho dilaporkan sudah berada di penghujung jalan melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge.

Bagi Lampard, Coutinho adalah pemain berkaliber dan berupaya untuk mengembalikan the Blues ke landasan asal dalam EPL kelak bersama Liverpool dan Manchester City.

Barcelona juga dikatakan bersetuju menjual pemain itu dengan nilai £79 juta pound walaupun berbelanja besar semasa pembeliannya dari Anfield dua musim lalu iaitu £140 juta.

Chelsea berkeyakinan tinggi jumlah itu boelh dikurangkan lagi memandang kedudukan Barcelona yang begitu terdesak memerlukan dana untuk menggantikannya dengan Lautaro Martinez.- MalaysiaGazette