KUALA LUMPUR – Pada mulanya orang ramai memang menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suatu yang membebankan kerana terpaksa menukar cara hidup serta merta.
Namun selepas menyedari PKP sangat berkesan bagi mengekang penularan Covid-19 dan sudah mula dapat membiasakan diri, rata-rata mulai akur sekiranya PKP dilanjutkan lagi selepas 28 April ini.
“Teruskan PKP jika itu yang terbaik,” kata beberapa netizen yang rata-ratanya mahu perintah itu diteruskan jika kerajaan melihat ia diperlukan.
Pelbagai lapisan masyarakat di Facebook MalaysiaGazette seperti Zba Adem mahu negara terus melaksanakan PKP agar penularan wabak Covid-19 ini dibanteras sepenuhnya di negara ini.
Katanya, Malaysia perlu mengambil iktibar dari negara-negara luar yang menamatkan PKP terlalu awal mendapati wabak itu kembali menular tanpa dapat dikawal.
“Lihat beberapa negara yang terlalu awal menamatkan PKP kini virus menular tanpa dapat dikawal. Negara kini jadi contoh kepada negara negara lain,” komennya di Facebook.
Sarman Japar pula berkata, kerajaan harus menunggu sehingga semua zon merah di negara ini bertukar hijau semula.
Katanya, langkah itu perlu dipertimbangkan sekiranya pelaksanaan PKP ingin ditamatkan.
“Banyak tempat masih red zone..tunggu semua green dan kes baru tiada barulah tamatkan PKP. Kes yang menunggu keputusan pun masih banyak,” komennya di Facebook.
“Setuju sangat sambung PKP biar sampai kosong Covid-19 ini. Kita sayang keluarga. Nyawa bukan ada di jual beli,” kata Suriatih.
Sofea Armada pula berkata, PKP lebih baik dilanjutkan kerana masih ramai yang dilihat ingkar akan arahan tersebut.
“Tak setuju jika PKP ditamatkan terlalu awal. Sebaiknya teruskan dan lebih perketatkan kawalan disemua negeri,” tulis beliau di ruangan komen MalaysiaGazette.
Nada sama dikongsikan Norisah Md Aris dan beliau mahu negara benar-benar bebas daripada penularan Covid-19.
“Kesianlah kepada yang bersungguh berusaha membendung masalah ini. Kalau kena jangkit lagi susah. Biarlah kita bekorban kali ini,” katanya.
“Jangan tamatkan dulu. Risiko masih lagi ada. Kita semua berisiko untuk dapat Covid-19 jika ditamatkan PKP 28 April ini. Seram!,” rayu Sue Zakaria Hashim.
Malah ada yang mahu PKP ini dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidilfitri.
“Tak raya pun takpa, janji Covid-19 sifar dan buat yang terbaik,” kata Emy Ajim.
Mengulas mengenai itu, Norhaida Ali berkata, sebagai rakyat kita perlu ikut akan arahan kerajaan dalam memastikan keselama dan kesihatan rakyat diambilkira.
“Jangan jadi macam Italy, Equador yang mayat-mayat bersepah di jalanan. Kerajaan dia orang dah out of control. Ya Allah, lindungilah dan maafkan kami semua atas kealpaan kami,” komen beliau.
Dalam pada itu, Rosland Richard mencadangkan kerajaan melaksanakan tempoh bertenang sekiranya mahu menamatkan PKP.
“Walaupun bilangan jangkitan wabak Covid-19 telah menurun di Malaysia. Kita perlu cooling period untuk memastikan jangkitan wabak ini dapat ditangani sebaik-baiknya.
“Kita juga perlu waspada kepada risiko kemasukan warga negara2 asean di sempadan negara kita,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pasti samada PKP akan ditamatkan selepas 28 April ini.
Ini kerana KKM masih memantau data-data yang diperoleh pihaknya bagi mengetahui samada PKP akan disambung atau tidak. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: