KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada semua orang kerana beliau tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa dalam kerja amal yang dilakukannya.
Menerusi coretan di Facebook miliknya, Ebit mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami Islam dan bukannya ustaz.
“Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam. Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.
“Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer,” tulisnya.
Luahan hati Ebit itu mungkin ada kaitan dengan sumbangannya kepada mereka yang memerlukan di Kedah namun selepas itu mendapat kritikan sesetengah pihak termasuk kerajaan negeri. – MalaysiaGazette
Ustaz Ebit dah buat yg terbaik….kalaupun ada yg terasa itu hal mrk la sbb mana tidakan susulan…kami umat memerlukan org seperti ustaz…abaikan mrk2 ni…mrk lebih cepat mengalah..ustaz mesti cekal…
Mudahnya nak dapat gelaran ostard. Berkhatan, ucap syahadat, hafal sebanyak mungkin nas dan hadis, buka mulut bercakap in the name of Islam…maka dapatlah gelaran ostard. Dulu orang kata baling batu di chow kit nescaya akan terkena seorang Datuk. Sekarang ni, baling batu di Chow Kit akan terkena seorang Datuk dan seorang Ostard.
Malaya veteran.. Ebit liew tidak mengaku dia ustaz, orang yang beri gelaran begitu. Sila faham betul2 tulisan beliau.
Buat Ustaz Ebit Lew, teruskan usaha murnimu.Mereka yang mengata, menghinamu, memerlimu itu sebenarnya tidak faham.Abaikan.Kebenaran pasti akan menang.
Kami sokong abg hensem,Shawal abiet Lew pahala begitu besar kau dapat, abaikan sekeliling tu kau lakukan untuk semua lantak mereka berkata
Orang buat kerja amal pun jadi masaalah…kita dah tak ada kemampuan dan keinginan nak buat mcm dia buat benda baik ..dok diam2 sudah..doa biar dia terus sihat dan kuat utk berterusan buat kerja baik gitu sudahlah..susah malaysia ni…buat kerja amal pun nak komen..nak politikkan..piraaaaah
Sabar ustaz Ebit Liew , itu sebagai dugaan..teruskan perjuangan. Saya sentiasa menyokong usaha ustaz..
Lidah yang hima memang suka mengata dan nampak kesahan orang. Lidah yang hima berpunca dari hati yang busuk. jSaudara Ebit tak perlu peduli dengan manusia yang rendah akhlak begini.
Jangan layan orang POLITIK MURAH NI ustaz… Terus buat amal ustaz…. Mmg ramai orang bersifat dengki dan cemburu tapi xde pulak diorang nk buat mcmna ustaz buat… Jenis busuk hati mcmtu la… Jgn layan orang poliyik murahan ni
Ini adalah penyakit orang Melayu. PHD! Apa yang Ebit Liew cakap atau buat untuk menyakitkan orang ramai? Dia derma Heineken beer kah, ayam tak sembelih kah, daging babi kah, minta duit sedekah kat orang kampung kah??? Dai dai Melayu yang ramai2 tu berapa banyak yang buat kerja amal begini? Tak ada Melayu komplain pun.
Saya ngaku tak pernah kenal Ebit Liew samada dalam Internet atau ikut ceramah dakwah dia. Tapi klau orang Melayu dok pikiaq sat, duit tu mai dari mana baru depa paham kot? Tak payah fikir jauh2, duit minyak kreta/4×4/van tu tumbuh kat pokok depan rumah dia kah? Saya terkejut bila dia derma 5 biji washing machine industrial size pada sekumpulan sukarela yang menjahit PPE. Saya punya washing machine 17kg sebiji pun dekat RM4 ribu lebih.
Keadaan macam ni mualaf klau tak kuat iman kembali murtad. Bila mereka kembali murtad merekalah yang akan jadi pengkritik Islam yang paling tegar.
Saya nak nasihat pada orang Melayu kita sikit “@#$&¥π kamu yang hati busuk, termasuk Pak2 Haji yang ada PHD”.
Justeru itu, apa2 perbuatan yg baik xusahlah nak diheboh2kan. Bab sabda Nabi, “Bersedekah lah tp ibarat tangan kanan memberi, biar tangan kiri tidak mengetahuinya.” Biarlah org tidak tahu tp Allah mengetahuinya. Krn dgn menghebohkan boleh menimbulkan mcm2 finah! Teruskan kerja baikmu wahai sdraku Ebit Liu biar Allah yg menentukannya. Manusia hanya pandai bercakap sja!
Saudara Ebit… Kamu telah mlaku yg terbaik dn yg nk mengutuk kamu itu…tak mungkin mampu pun nk berlaku sbgmana kamu…
Jgn terkesan sedikit pun dgn makhluk2 pendengki itu..
Terus… teruskn kerana LILLAHHIITAALA…
Di sini kita lihat betapa baiknya saudara ebit, bukannya beliau nk mmbela diri dn mncari kesalahn org lain bahkn beliau sebaliknya meminta maaf dn xspt sesetgh ust yg hnya tau mncari kesalahn org lain yg terlihat berbuat lbh dari mereka…jelas di sini mereka mngaku ust ttpi mmpunyai pnyakit hati iaitu hasad…ALLAH xmnilai byk mna ilmu yg kita ada ttpi mnilai byk mna ilmu yg kita serap dlm jiwa kita dn amalkn..Dan satu lagi sptmna ALLAH bgtau dlm Al Quran, bersedekah boleh dilakukn secara terang atau smbunyi..