KUALA LUMPUR- Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan makanan dan barang keperluan harian semasa bulan Ramadan nanti.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bekalan adalah mencukupi.
“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan barang basah termasuk sayur-sayuran adalah lebih daripada mencukupi.
“Malah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sentiasa memantau bekalan makanan harian seperti beras, buah-buahan, sayur, ikan, ayam, daging, telur dan susu segar di seluruh negara,” katanya semasa sidang media hari ini.
Tambah Ismail Sabri, semalam penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 1,133 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (833), pemborong (268) dan pengilang (32).-MalaysiaGazette