TERKINI : 103 Kes Pulih COVID-19,1 Kes Kematian Direkodkan – Noor Hisham

PUTRAJAYA – Terdapat pertambahan satu kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian itu membabitkam seorang wanita berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Katanya, wanita itu dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April lalu dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi.

“Terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes (62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali daripada bilangan kes yang dilaporkan.