LONDON – Jamie Carragher percaya Tim Werner akan menjadi pemain serasi bagi tradisi Liverpool di Anfield untuk terus bersaing dalam liga domestik dan antarabangsa.
Pesanan penting itu hadir selepas Jurgen Klopp dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain itu bagi menambah pemain di bek pertahanan pasukan itu.
Carragher berkata, Klopp bernasib baik kerana pemain utama Liverpool iaitu Virgil van Dijk, Mohamed Salah Roberto Firmino, Sadio Mane, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold tidak mengalami kecederaan jangka panjang sepanjang ejuaraan.
Malah bekas pemain itu mencadangkan Klopp supaya menandatangani Werner yang mampu menyediakan pilihan di bek pertahanan selain menjadi sokongan untuk Robertson.
“Saya rasa jika anda melihat pada pasukan utama Liverpool sedia ada, agak sukar untuk mencari pengganti sesuai.
“Kamu sentiasa boleh memperbaiki perlawanan tetapi saya bercakap tentang sasaran realistik pasukan,” katanya.
Sejak dua tiga musim lalu Liverpool hanya menandatangani Minamino dan pasukan itu memerlukan rombakan sepenuhnya.
Carragher percaya pasukan itu perlu mencari pemain simpanan yang sama kualiti dengan enam pemain terkuat pasukan pertama.- MalaysiaGazette