Home Nasional Grup ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ dapat perhatian dalam ucapan PM

Grup ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ dapat perhatian dalam ucapan PM

Grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni di laman Facebook.

KUALA LUMPUR – Selepas Mak Cik Kiah dan ‘ke sana ke sini’, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung perutusan khas malam ini.

Kali ini ucapan Perdana Menteri yang berkisar tentang usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 turut menyentung mengenai hikmah di sebalik apa yang berlaku terutamanya dalam bulan Ramadan.

Beliau berkata, biar pun tidak dapat menunaikan solat Tarawih di masjid atau surau, tetapi umat Islam ada ruang untuk menunaikan ibadan tersebut di rumah bersama keluarga – yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Begitu juga dengan bazar Ramadan yang menurut Muhyiddin tidak mengapa jika tidak dapat menikmati murtabak, nasi beriyani dan kuih-muih yang digemari asalkan tidak dijangkiti Covid-19.

Beliau juga sempat berseloroh: “Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.”

Grup di laman Facebook itu mempunyai 1.4 juta ahli dikenali sebagai grup paling berterus terang kerana ahli-ahlinya bebas memuat naik apa sahaja masakan yang tidak menjadi. –

Foto perdana menteri sedang membacakan perutusan malam ini turut dimuatnaik di laman grup tersebut dengan kata-kata: “PM kata kalau masakan tak jadi boleh post dalam group Masak Apa Tak Jadi Harini gais!” 🤣🤣🤣

— MalaysiaGazette