KUALA LUMPUR – Open University Malaysia (OUM) Pusat Pembelajaran Kuantan menyampaikan sumbangan air mineral kepada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan baru-baru ini.
Sumbangan itu bagi diedarkan oleh para pelajar OUM kepada petugas barisan hadapan.
Ia diserahkan kepada IPK Pahang oleh Pengarah OUM Kuantan, Razalina Abdul Rashid kepada Wakil Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, Penolong Penguasa Polis Mohamad Izwan Zakariah.
Menurut Mohamad Izwan, sumbangan air mineral tersebut akan diedarkan kepada petugas polis pada bulan Ramadan yang bermula esok.
Sementara itu, sumbangan juga diserahkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan pihak OUM kepada ketuanya, Tuan Kamerul Bieza Mohamed Kassim.
Apa yang pasti, walaupun terikat dengan PKP tidak membataskan niat murni pihak OUM untuk turut sama menyumbang kepada petugas barisan hadapan yang bertugas sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan mereka yang tidak terbalas, kata Razalina.
“Semua pelajar OUM yang terlibat dengan PKP termasuk pelajar ambilan baharu masih dapat meneruskan pembelajaran mereka kerana mod pengajian adalah dilakukan secara atas talian bagi semester Mei akan datang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Selain itu, Razalina mengambil kesempatan mengucapkan selamat kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan akhir bermula 20 April lalu pada peperiksaan akhir yang dilaksanakan sepenuhmya atas talian kali ini.
Peperiksaan dalam talian itu merupakan julung kalinya diimplentasikan serentak bagi membolehkan pelajar dari 35 pusat pembelajaran di seluruh negara mendudukinya.
Pada 14 April lalu, OUM Kuantan juga turut menyampaikan sumbangan air mineral dan barangan keperluan dan makanan kepada rakan media di Pahang untuk diagihkan kepada keluarga yang terjejas akibat PKP di sekitar Taman Tas, Sungai Isap Damai, Sungai Isap Perdana, Batu 7 dan Sungai Belat, Kuantan.
“Kekuatan mental serta semangat bantu membantu adalah kekuatan utama agar semua rakyat Malaysia dapat melalui keadaan norma baharu dan seterusnya berjaya menangani pandemik yang sedang melanda kini,” katanya.- MalaysiaGazette
Terbaik.. teruskan usaha murni anda