Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan telah dikesan positif Koronavirus 2019 (Covid-19) sehingga 23 April 2020 iaitu (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatannya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota KKM itu, sebanyak 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital.