TERKINI : Pertambahan 22 Kes Positif Baharu di Selangor Mansion

Perkembangan terbaharu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini menyaksikan Selangor Mansion merekodkan pertambahan 22 kes positif Koronavirus 2019 (Covid-19) baharu setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah positif Covid-19 di kawasan itu mencecah 107 kes.

Manakala katanya, situasi di Malayan Mansion pula menyaksikan tiada pertambahan kes baharu dan kekal dengan 4 kes sahaja.