KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd (FGV) mengorak langkah dalam industri makanan tempatan dengan menghasilkan produk tenusu jenama Bright Cow melalui anak syarikatnya, FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGV Dairy Farm).
FGV Dairy Farm mampu memproses 800 tan susu segar sebulan termasuk pengeluaran dari ladang seluas 4.04 hektar yang terletak di Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Lokasi ladang yang berhampiran dengan kawasan tumpuan pengguna di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan memberikan jaminan kesegaran produk tenusu untuk sampai ke destinasi pasaran dalam jangka masa 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi memenuhi permintaan susu segar dan produk tenusu yang semakin meningkat, FGV Dairy Farm telah membawa masuk 122 ekor lembu tenusu baka Jersey Fresian dan Holstein Fresien dari New South Wales, Australia pada Mac lalu.
Baka tenusu terbaik Australia ini akan memberikan kelebihan kepada produk tenusu FGV Dairy Farm dari segi kesegaran, kualiti, rasa dan khasiat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata Bright Cow merupakan jenama yang kukuh dan sudah lama berada di pasaran.
Produk tenusu FGV Dairy Farm dapat memberi nilai tambah kepada syarikat yang sedang giat melaksanakan pelan pembangunan pertanian bersepadu.
“Pada masa ini, kami dalam proses pembesaran dengan pembinaan kilang bersepadu pengeluaran produk berasaskan susu segar di Ladang Linggi, Negeri Sembilan dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
“Apabila siap sepenuhnya, FGV Dairy Farm sedia menyumbang kepada agenda jaminan bekalan makanan negara dengan membekalkan 10 juta liter susu segar setiap tahun,” katanya, sambil menambah jaminan kesegaran kepada pengguna, susu yang diperah waktu pagi dapat dinikmati pada hari yang sama.
Sempena bulan Ramadan, FGV Dairy Farm mengadakan kempen ‘Terangi Ramadan Anda dengan Bright Cow’ di laman media sosial Bright Cow dengan resipi dan hadiah mingguan, peraduan mencipta slogan dan peraduan gambar berbuka atau sahur bersama produk.
Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Bright Cow telah mengambil inisiatif awal menyediakan perkhidmatan penghantaran produk terus ke rumah pengguna di Lembah Klang enam hari seminggu bermula Isnin hingga Sabtu.
Bagi mendapatkan khidmat penghantaran ke rumah, pelanggan boleh melawati laman media sosial Bright Cow atau menghubungi Ejen Penghantaran di talian 011-6206 7294.- BERNAMA
Cuba ingat sikit perkara yg berlaku tak berapa lama dulu, ada ladang besar TH di sarawak yg kena magic… kau nak sngt untung kn, langsung tak ke Mekah tahun ni…
salah sajad lah tu