Pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara dalam talian diingatkan supaya mengamalkan kebersihan diri serta mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak terlibat termasuklah pengusaha, pengendali dan penghantar makanan. Katanya, langkah itu perlu bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat.