GOMBAK – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru yang majoritinya dihuni warga asing merupakan jalan terbaik untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Salah seorang penduduk kawasan itu, Khairudin Abu Bakar, 58, melihat ia mempunyai kebaikan lain selain memutuskan rantaian Covid-19.
Tinggal di mukim itu selama lebih 23 tahun, beliau menganggap tindakan kerajaan dapat mengelakkan warga asing khususnya etnik Rohingya yang berada di situ daripada mencetuskan kebimbangan dan huru-hara.
Tidak berniat menyebarkan kebencian terhadap etnik tersebut namun sekurang-kurangnya cara ini turut membantu kerajaan mengawal keamanan dan kestabilan negara, ujarnya.
“Yang kena PKPD banyak yang tempat tinggal warga asing, mungkin elok juga sebab mereka sebelum ini mahu cetuskan huru-hara. (PKPD) lebih kepada mahu jaga perpaduan negara saya rasa,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Bagaimanapun, Khairuddin yang bertugas memasak juadah berbuka puasa untuk diagihkan daripada masjid berkata, PKPD di Selayang Baru ternyata memberi kesan kepada penduduk tempatan.
Jelas beliau, ini kerana kawasan itu diketahui umum merupakan tumpuan penduduk daerah Gombak untuk membeli barangan keperluan setiap hari.
“Cuma saya nak keluar kena banyak pusing sana sini tadi sebab banyak jalan di Selayang ini sudah ditutup. Tapi sebab memang orang sini, jadi tahu banyak jalan. Pusing-pusing tu rasa macam buang masa,” tambahnya.
Khairuddin yang perlu menyediakan juadah untuk 150 orang setiap hari meluahkan rasa tidak senang apabila mendapati barangan keperluan di pasar raya kawasan itu mahal berbanding sebelum Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, kerajaan mengumumkan Selayang Baru sebagai kawasan PKPD ketujuh selepas mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan Covid-19 di Pasar Selayang dan lokasi PKPD keenam iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur.
PKPD Selayang Baru berkuatkuasa pada 25 April hingga 3 Mei ini.
“Cuma barang sekarang banyak mahal. Sebab saya duduk sini saya jaga budak tahfiz sebelum ini, biasa kubis panjang (dijual) RM5 sebelum ini sekarang RM7.
“Memang dashyat harga barang sekarang ini. Harga berbeza saya tengok barangan di pasar harian,” katanya. – MalaysiaGazette
Saya kurang faham PakChik Khairuddin “etnik Rohingya yang berada di situ daripada mencetuskan kebimbangan dan huru-hara.” Macam mana tu etnik Rohinghya nak mencetuskan kebimbangan dan sekali gus mereka juga akan mencetus huru hara. Cetus huru hara tak pernah dengar berlaku dimana2 diMalaysia waktu PKP tanyalah PDRM. Huru hara orang perseorangan adalah tapi kebanyakkan rakyat Malaysia.
Betul tak faham “etnik Rohnghya cetus kebimbangan” yang tu saya tak boleh faham. Semua orang kat dalam kawasan PKPD tu termasuk PakChik Khairuddin, orang China India orang2 Rohinghya sudah tentu bimbang sebab pergerakan dah disekat. Saya sendiri pun bimbang sampai nak cari rokok saya pun tak dak.Bimbang pasal saya tak boleh pergi kedai sewenang2, tak boleh pi kedai mamak fav saya. Tapi kat area saya tak ada pun sekor Rohinghya , mungkin Mat bangla tu adalah tapi mereka lah yang paling bimbang sebab tak ada gaji, masjid pun tak hidang juadah berbuka puasa. yang cetus kebimbangan semua rakyat dan bukan rakyat diMalaysia ni adalah perintah PKP tu bukan etnik Rohinghya!! Jangan sampai tabur fitnah macam ni di bulan Ramadan.