Belum ada lagi sebarang kes direkodkan berkaitan jangkitan semula Covid-19 dalam kalangan pesakit yang pulih di Malaysia.
Bagaimanapun, tiada bukti pesakit pulih sepenuhnya terlindung daripada jangkitan semula wabak itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, semua pesakit pulih perlu menjalani sesi kaunseling sebelum dibenarkan pulang bagi memastikan langkah pencegahan dan amalan kebersihan diutamakan untuk mengelak dijangkiti semula.
“Walaupun ada (pesakit) respons antibodi Immunoglobulin M (IgM) dan Immunoglobulin G (IgG) tetapi ia tak melindungi mereka daripada dijangkiti semula COVID-19.