ROM – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte membuat keputusan untuk menangguhkan lagi liga bola sepak utama negara itu iaitu Serie A.
Namun Conte tidak memberitahu bila Serie A mungkin boleh disambung selepas tergendala bermula 9 Mac lalu.
Sebelum ditangguh, Juventus hanya mendahului liga dengan satu mata mengatasi Lazio.
“Kejohanan hanya akan disambung semula apabila keadaan semua selamat,” kata Conte menerusi siaran televisyen.
Minggu lalu, badan induk bola sepak Itali bersetuju agar penamat Serie A dianjak dari 30 Jun kepada 2 Ogos.
Sementara itu, Conte memberi kebenaran buat atlet utama menyambung latihan dalam tempoh seminggu akan datang.
Katanya, atlet individu dibenarkan menyambung latihan pada 4 Mei ini manakala atlet berpasukan akan kembali berlatih pada 18 Mei.
Ketika ini, membendung penularan Covif-19 sudah meragut lebih 26,000 nyawa di Itali dan 200,000 seluruh dunia.- MalaysiaGazette