KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang cuba meningkatkan sentimen anti-Rohingya diingatkan tidak meletakkan diri mereka pada tahap paling rendah seperti individu tidak bertamadun hanya atas sebab-sebab yang tidak munasabah.
Sikap itu sepatutnya tidak berlaku kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai sebuah masyarakat negara berdaulat yang memiliki sikap berperikemanusiaan dan bertanggungjawab dengan sesama insan yang cukup tinggi.
Reputasi ini telah dipertahankan oleh Malaysia sejak dahulu dan ia perlu dikekalkan.
Oleh itu, Prof. Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, adalah tidak wajar sama sekali reputasi itu ‘dicalarkan’ dengan sentimen-sentimen anti-Rohingya disebabkan tuntutan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya di Malaysia (Mehrom).
Tegas beliau, isu pelarian Rohingya tidak ada kena-mengena dengan tuntutan hak yang dikemukakan oleh Mehrom, sebaliknya ia lebih kepada isu sebuah kehidupan sesama insan.
Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) berkata, rakyat Malaysia sepatutnya tidak mudah panik atau menggelabah dalam menangani isu sebenar yang dihadapi etnik Rohingya dan Mehrom.
Katanya, Mehrom hanyalah sebuah badan kecil yang tidak pun mewakili sepenuhnya pelarian-pelarian Rohingya di negara ini.
Malah, tuntutan yang dibuat oleh persatuan itu ternyata tidak dilayan pun oleh kerajaan dan asasnya pun tiada dalam Perlembagaan Malaysia untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu atau Bumiputera berasa khuatir.
”Logiknya, tuntutan India Muslim untuk mendapatkan hak sama rata seperti orang Melayu dan Bumiputera tidak dilayan oleh kerajaan, apatah lagi pelarian Rohingya.
“Jadi, untuk apa kita perlu menggelabah, tak kena gaya. Sentimen (anti-Rohingya) tidak sepatutnya berlaku. Kenapa kita perlu ada rasa hendak biarkan manusia lain mati?
”Ini bukan sikap orang Malaysia, kita sepatutnya ada sikap bertanggungjawab sesama insan, sesama manusia,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Ahmad Murad yang mengikuti isu ini sejak awal menambah, sepatutnya rakyat Malaysia memberi tekanan kepada kerajaan untuk terus membawa isu pelarian Rohingya ini lebih serius di peringkat ASEAN.
Ini kerana, isu penindasan etnik Rohingya ini tidak ditentang sewajarnya oleh negara-negara rantau ASEAN.
“ASEAN kata marah pada Myanmar tetapi pada masa sama ASEAN tidak menegur Myanmar secara kolektif.
“Kemarahan ASEAN terhadap Myanmar tidak ditunjukkan dengan jelas, tidak ada tindakan segera atau langkah kecemasan, juga tiada sekatan.
“Akibatnya, Myanmar tidak peduli dengan kemarahan yang dinyatakan ASEAN dan terus melakukan pembersihan etnik terhadap Rohingya.
“Etnik ini dibunuh secara beramai-ramai menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian demi menyelamatkan nyawa masing-masing daripada kekejaman Kerajaan Myanmar.
“Sebagai kumpulan serantau bersama Myanmar, ASEAN sebenarnya gagal akibat berlembut dengan negara itu.
“Kita pula di sini tiba-tiba tidak mahu melindungi etnik yang lemah ini, apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia. Di mana rasa kemanusiaan kita sesama insan,” ujarnya.
Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu melindungi etnik ini juga pelarian-pelarian lain atas sebab kemanusiaan, tidak kira etnik Rohingya yang Islam atau mana-mana pelarian lain pun.
Perlindungan yang diberi ini adalah dengan memberi mereka hak mereka yang ditindas.
Makna perlindungan ini adalah dengan memberi mereka hak asas sebagai seorang insan yang memerlukan makanan, tempat tinggal, pendidikan dan ubat-ubatan.
Dan, dengan status pelarian, orang Malaysia perlu tahu bahawa status etnik Rohingya di sini tidak lebih daripada itu, walau apa pun tuntutan yang dibuat.
“Status pelarian tetap sebagai pelarian dan sama sekali tidak akan mengubah Perlembagaan mahu pun menjejaskan keistimewaan orang Melayu,” jelas Ahmad Murad.- MalaysiaGazette
etnik puaka nie kt tempat sendiri dibunuh beramai ramai,
tp kt Malaysia etnik puaka nie xsedar diri,
nama jek profesor,tp bodoh,
memberi penempatan kepada etnik2 nie di dalam negara seolah2 membenarkan kezaliman dan pembersihan etnik yg dilakukan oleh myanmar,
knp perkara ini tidak disuarakan kepada pertubuhan2 keamanan dunia??
knp tidak mengecam pertubuhan2 keamanan dunia yg bersifat pembisu dan acuh xacuh terhadap perkara serius nie??
knp tidak mengecam apa yg dilakukan myanmar secara berterusan??
knp tidak mengambil pendekatan memboikot tenaga kerja serta barangan drpd myanmar atas dasar utk membela etnik nie??
byk perkara lain yg boleh dilakukan sebelum menggunakan dasar kemanusiaan semata2 dgn membawa masuk serta memberi penempatan kpd mereka di dalam negara,
tolong juga fikirkan kesan dan masalah yg bakal berlaku di masa akan datang sekiranya etnik nie terlalu ramai di dalam negara!!
masih ramai lagi rakyat Malaysia yg perlukan bantuan serta dokongan drpd kerajaan berbanding etnik nie!!
fikirkan nasib anak cucu kita di masa hadapan!!
Sgt setuju dgn pandangan sdra Mat Rossi, Prof Ahmad Murad keluarkan kenyataan spt ini krn prof tidak berdepan dgn mereka ini secara berdepan! Bg kami rakyat marhein yg hari2 berdepan n melihat gelagat pelarian sgt meluat, justeru rasa kemanusiaan n simpati juga ada batasnya. Kalau sifat mereka itu dah jadi “cacing naik ke mata”. Tolong tuan prof turun ke bawah n berdepan dgn mereka lebih lama sikit! Mungkin prof akn dpt “merasai keseronokan n gembira” bersama mereka!
Yang sebenar nya tuan profesor pun tak faham intipati isu yg sebenar kenapa rakyat malaysia meletubkan kemarahan terhadap pelarian rohingya yg dah sekian lama terpendam dgn segala sikap buruk terhadap rakyat tempatan. kerana hanya pandai bercakap atas tittle prof bukan nya turun dilapangan mengamati serta menyelami bagaimana perasaan warga tempatan yg berjiran dgn pelarian rohingya.