SINGAPURA – Singapura – yang memiliki salah satu populasi terkecil di Asia – muncul dengan jumlah kes koronavirus tertinggi di rantau ini.
Negara ini melaporkan sebanyak 931 kes baharu pada hari Ahad, dengan jumlah jangkitan melebihi 13,000, mengatasi Jepun.
Hanya China dan India yang mempunyai lebih banyak kes di Asia.
Sebilangan besar jangkitan masih berlaku dalam kalangan pekerja migran yang tinggal di kawasan asrama.
Warga negara dan penduduk tetap merekodkan 15 kes baharu.
Minggu lalu, Singapura dengan jumlah penduduk kira-kira 5.7 juta orang melanjutkan sekatan perjalanan selama empat minggu lagi hingga 1 Jun untuk membendung wabak koronavirus.
Malah, penutupan sekolah, perniagaan bukan utama turut dilanjutkan.
Singapura mengalami kemelesetan ekonomi yang ketara tahun ini berbanding unjuran awal penurunan sebanyak 4% ekoran pandemik Covid-19 yang menular di seluruh negara dan menganggu rantaian bekalan.
Negara kota itu “kemungkinan besar” menyaksikan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar yang curam, kata Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Chan Chun Sing.
Negara ini – dengan saiz lebih kecil daripada New York City – juga memiliki salah satu angka kematian paling rendah dengan jumlah 12 kematian. – MalaysiaGazette