Home Nasional Sekatan PKP: Pemuda ditahan miliki ganja di jambatan Batu Caves

Sekatan PKP: Pemuda ditahan miliki ganja di jambatan Batu Caves

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Di sebalik sekatan jalan raya di merata tempat, masih ada yang berani melakukan jenayah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, rasa berani dan yakin akan lolos daripada pemeriksaan anggota keselamatan akhirnya kecundang apabila seorang pemuda dicekup polis kerana kesalahan memiliki dadah disyaki ganja.

Kejadian berlaku semalam sekitar jam 5 pagi dalam sekatan jalan raya PKP di Jambatan Batu Caves menghala ke Sri Gombak.

Menurut enyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, sepasukan polis daerah itu yang terlibat dalam sekatan jalan di jambatan Batu Caves bertindak menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Jenis Lagenda.

“Suspek kelihatan cemas dan mencurigakan apabila ditahan dan diminta memberhentikan motosikalnya.

“Pemeriksaan lanjut, suspek telah mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeans yang dipakainya sebelum mendapati satu paket plastik lutsinar di dalamnya berisi ceraian tumbuhan kering disyaki dadah Ganja,” kata kenyataan itu.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22 (b) Akta Pencegahan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.

“Suspek telah direman bermula semalam untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.