Home Ekonomi SC cari Wong Shee Kai

SC cari Wong Shee Kai

Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat atau bantuan daripada orang ramai untuk mengesan Wong Shee Kai (Ricky Wong), yang merupakan individu yang dikehendaki dan kini masih bebas, berhubung dengan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada 3 April 2020, SC juga telah meminta bantuan Interpol untuk mencari Wong setelah waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Disember 2019 kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA.

Wong Shee Kai/Ricky memiliki kad pengenalan bernombor 811212-14-5957 dan alamat terakhirnya di Asia Media Group Berhad, No. 35, Tingkat Pertama, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Sekiranya didapati melanggar seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA, Wong, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, di bawah seksyen 32(8) Akta yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Wong diminta agar memaklumkan kepada SC di mana dia berada dengan menghubungi talian 012-3812497 / 012-9105362 atau menghantar e-mel kepada SC melalui [email protected].

SC berkata, maklumat yang diterima daripada orang ramai akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang mana akta ini melindungi pemberi maklumat dengan memastikan maklumat yang diterima dirahsiakan, dan memberi imuniti daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan. – MalaysiaGazette