Home Nasional Operasi kaunter JPJ untuk kenderaan perdagangan dibuka

Operasi kaunter JPJ untuk kenderaan perdagangan dibuka

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunternya bermula 29 April ini.

Ia membabitkan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan sahaja

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) bagi pemandu kenderaan perdagangan sahaja.

Selain itu bagi penyelesaian senarai hitam dan pembayaran saman berhubung dua urusan yang dinyatakan di atas.

Bagaimanapun, urus niaga itu tidak membabitkan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing bagi mengelakkan berlaku ketidakpatuhan kepada garis panduan penjarakkan sosial dan kesihatan.

JPJ dalam kenyataannya berkata, bagi pemandu persendirian, teksi dan e-hailing, pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu (Vokasional dan Lesen Memandu Malaysia) yang diberikan sebelum ini masih berkuatkuasa dan terpakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan syarat mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang perkhidmatan dan pengoperasian.

Kaunter akan dibuka pada hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 1 petang. – MalaysiaGazette